1. Koolhaus Tap
Pada masa ini, pembaziran air semakin meningkat
sehinga menyebabkan kuantiti air semakin berkurangan. Sebagai contoh, pili air
yang rosak menyebabkan air mengalir berterusan tanpa henti sekiranya tindakan
membaikinya tidak dilakukan dengan segera. Oleh itu, paip air khas ini direka bentuk
supaya dapat mengetahui jumlah air yang digunakan sepanjang hari, Ciptaan ini
dapat mengurangkan pembaziran air daripada setiap peralatan yang terdapat di
bilik air dengan meminimumkan penggunaan air. Tambahn pula, alat ini berfungsi seperti
komputer dengan menyimpan segala data penggunaan air sepanjang hari. Segala
data tentang penggunaan air akan dipaparkan di skrin LCD di kepala paip. Ia
juga menggunakan sinar inframerah untuk memberhentikan titisan akhir air yang
keluar secara cekap dan efisyen
1. Pengecas air
Penggunaan elektrik yang meningkat
menyebabkan sebuah syarikat Sweden mencipta pengecas untuk telefon bimbit,
kamera dan alat-alat GPS yang boleh menjana elektrik untuk alat elektronik anda
dengan menggunakan air. Hal ini menyebabkan PowerTrekk telah mereka alat untuk
manusia yang menghabiskan masa jauh dari grid elektrik dan tidak mempunyai
akses kepada kuasa konvensional di lokasi terpencil. Pengecas tersebut hanya
memerlukan satu sudu air untuk menghasilkan kira-kira 10 jam hayat bateri
telefon. Alat ini berfungsi melalui tindak balas kimia, iaitu air bertindak
balas dengan ramuan khas PowerTrekk, silicide natrium bagi menghasilkan gas
hidrogen. PowerTrekk menghasilkan produk komersial yang pertama yang telah
menggunakan silicide natrium.Ciptaan alat tersebut dengan peranti yang
mempunyai port USB dan dengan hampir sebarang jenis air, termasuk air garam membolehkan
ia berjalan di atas air lopak.
1. PCO
Waterbeam
PCO ialah Photo Catalytic Oxidation.
Alat ini merupakan tekonologi tercanggih untuk menghapus bakteria dan virus.
PCO menggabungkan penggunaan foto, tenaga dalam jumlah kecil yang mengeluarkan
cahaya atau tenaga cahaya, kemudiannya digabungkan dengan photocatalyst (foto
katalis) serta titanium dioxide (titanium dioksida). Keadaan ini bertujuan untuk
menghapuskan kotoran berterbangan di udara seperti bakteria, virus, cendawan,
benih kuman atau spora, kulat, alergen dan gas. kebaikan penggunaan PCO adalah seperti menghapus mikro berbahaya,
serta membunuh bakteria, virus dan lain-lain mikroorganisma yang bahaya dalam
air minuman anda secara semulajadi tanpa menggunakan sebarang bahan pembasmi
kuman dan bahan-bahan kimia yang berbahaya. PCO
boleh diguna secara efektif selama 2 tahun. Ia juga memperkayakan kandungan
magnesium dan juga memastikan anda mendapat air minuman yang selamat di rumah
dan semasa anda mengembara.
1. Life
Straw
Sekiranya anda adalah seorang
pengembara sejati, maka kini anda tidak akan lagi mengalami keraguan untuk
meneguk setiap air yang anda temui di setiap perjalanan anda. Hal ini demikian,
melalui LifeStraw ini, setiap orang dapat menikmati air yang sihat dan bersih
tanpa perasan was-was. LifeStraw adalah alat filter air portable yang direka
oleh Vestergaard Frandsen. Sedutan moden ini adalah alat filter air yang tidak
menggunakan bahan kimia, bateri, ataupun motor penggerak sekalipun. LifeStraw
berbentuk sedutan yang memiliki panjang 310 mm dan berdiameter 30 mm. Alat ini berbahan plastik dan dilengkapi
dengan metode filtre air yang aman.
1. Morph-Nokia
Pengeluaran terbaru daripada telefon bimbit tersohor di dunia, iaitu NOKIA,
yang memperkenalkan konsep baru telefon
dan gajet masa depan yang dikenali sebagai Morph-Nokio. Konsep Morph-Nokia keluaran produk gajet
digital NOKIA masa depan merupakan gabungan seni dan teknologi yang elegan yang
menggunakan nanoteknologi sebagai asas pembuatannya. Menurut saintis yang
terlibat dalam projek Morph-Nokia ini, pengguna telefon berupaya mengubah gajet
mereka menjadi bentuk-bentuk yang diminati seperti robot-robot dalam filem
Transformer. Konsep Morph-Nokia
pada telefon bimbit dengan menggunakan aplikasi nanoteknologi meliputi
ciri-ciri kebolehlenturan, elektronik transparen, kemampuan pembersihan sendiri
(self-cleaning), menggunakan tenaga solar dan antara mukanya (interface) yang
canggih.
1. MYO-Kawalan
Gesture boleh Dipakai
Alat
ini menggunakan teknologi canggih untuk mengukur aktiviti elektrikal pada
tangan ketika melakukan gesture dan berdasarkannya, alat ini akan mengawal
peralatan yang telah diprogramkan secara elektronik
dengan gesture yang tertentu. Setiap peralatan akan memberi respon
yang berlainan kepada gesture yang telah diprogramkan oleh pengguna. Alat ini sangat berguna
untuk memudahkan kawalan peralatan kerana anda tidak perlu memegang alat
kawalan di tangan anda, malah tangan bertindak sebagai alat kawalan itu.
Walaupun nampak seperti terlalu sukar untuk dipercayai kewujudannya, ia
sebenarnya sudah boleh berfungsi.
2. Virtual Googles
Teknologi telah membawa dunia virtual
ke dalam computer sejak lamanya. Namun, dunia virtual tersebut pada masa kini boleh
disaksikan di rumah kita. Sebuah eksperimen yang telah dilakukan selama
beberapa dekad, sekarang telah menjadi kenyataan. Gambar dibawah telah
membuktikan bahawa wanita tersebut sedang menggunakan device berteknologi
virtual bernama iWear VR920 dari syarikat Icuiti. Alat tersebut boleh berfungsi
sebagai output video juga sebagai gaming console.
3. Eco Power Strip
Eco Power Strip merupakan sebuah alat
penemuan baru yang berfungsi untuk mengisi tenaga gadget Anda. Teknologi yang
dipergunakan iaitu menggunakan oksigen dan hidrogen dalam bioetanol. Alat ramah
lingkungan ini diciptakan oleh Sungi Kim, Jooyeon Kim, dan Jun Hyuck
Choi. Terdapat dua kaki pada alat tersebut berfungsi sebagai input dan
output yang berbentuk seperti gelas kaca, ditambah satu daya outlet bar.
4. Walking
Assist Device
JAKARTA–Honda telah mengembangkan sebuah alat bernama Walking Assist
Device untuk membantu pesakit stroke berjalan dan meningkatkan pergerakan
mereka. JAKARTA-Honda menyatakan
Walking Assist Device menggunakan teknologi kendali yang dikembangkan setelah
mempelajari gaya gerak tubuh manusia. Zlztzn ini menggunakan pembacaan dari sudut sensor pergerakan pinggul pesakit,
komputer mengaktifkan motor untuk meningkatkan simetri setiap kali pesakit
mengangkat kaki dan melangkah. Melalui, reka bentuk sederhana ini memiliki
bentuk yang dapat disesuaikan agar sesuai dengan ukuran tubuh dan pakaian
orang.
5. Japanese
Wrist-Mounted Finger Piano
Japanese Wrist-Mounted Finger Piano merupakan
instrumen alat muzik virtual yang menyenangkan dengan mengenakan sensor khusus
berupa sarung kecil pada seluruh jari yang terhubung dengan alat di pergelangan
tangan pemain.
Hadirnya Wrist-Mounted Finger Piano
ini adalah sebuah inovasi dalam bermain muzik dengan reka bentuk yang simple
namun tetap memiliki kemampuan memainkan not muzik secara oktaf penuh. Alat
tersebut memiliki diameter wrist (gelang) sebesar 2,5 inci dan ketebalan 0,75
inci. Pemain dapat menggerakan
jari-jari dan mengeluarkan bunyi not tertentu dengan menekannya pada permukaan
yang keras. Setiap jari mampu memainkan not muzik yang berbeza dan terdapat
tiga butang tambahan di alat wrist unit yang dikenakan di pergelangan tangan
pemain.
No comments:
Post a Comment